Persatuan Melayu Aberdeen

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Majlis Sambutan Eidul Adha PMA ‘09 November 26, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 4:18 pm

Assalamualaikum wbt.

MAJLIS SAMBUTAN EIDUL ADHA
PERSATUAN MELAYU ABERDEEN ‘09

Sabtu, 11 Zulhijjah/28 November
Zoology Building, University of Aberdeen (basement)
Masa: 11:30 pagi(bermula dengan solat Zohor berjemaah+takbir raya)

Antara yang menarik:
Solat berjemaah dan takbir raya
Forum “Aidul Adha: Menghayati Falsafah Pengorbanan”
Majlis Perpisahan
Jamuan menarik seperti juadah tradisional Malaysia, satay etc. (Pot Luck)

Semua dijemput hadir

 

Majlis Aidul Fitri PMA ‘09 – R@R Raya @ Rowett October 8, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 9:35 am

rarAssalamualaikum wbt.

Semua Warga Melayu Aberdeen dijemput hadir ke Majlis Aidul Fitri PMA ‘09 – Raya@Rowett (R@R)

- Tempat dan tarikh seperti di poster di atas.
- Makanan adalah secara potluck.
- Pakaian: kemas (digalakkan berpakaian kebangsaaan/tema raya)

Maklumat lanjut akan disampaikan dari masa ke masa.

Wassalam

 

Kaunter Imigresen Bergerak September 24, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 8:59 am

Assalamualaikum.

Komuniti Melayu di Glasgow bersama-sama dengan Jabatan Imigresen Malaysia London akan mengadakan kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada Sabtu 7 November 2009. Maklumat lanjut boleh dicapai di sini.

 

Salam Eidul Fitri 2009 September 19, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 5:57 pm
Taqabbalallahu minna wa minkum

Taqabbalallahu minna wa minkum

 

Ihya’ Ramadhan, Iftar Perdana dan Majlis Khatam al-Quran September 14, 2009

Filed under: Berita — pma2008 @ 9:04 am

Aberdeen, 12 September – Bertempat di kediaman saudara Shafiq, Persatuan Melayu Aberdeen telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan, Iftar Perdana dan Majlis Khatam al-Quran. Program telah dihadiri oleh seramai 70 orang warga Melayu Aberdeen.

Majlis dimulakan dengan Khatam al-Quran kendalian Penasihat PMA Ustaz Burhan. Selepas berbuka puasa dengan sentuhan resepi Kak Ayu, program diteruskan dengan solat tarawih secara berjamaah. Pengisian ilmu ringkas telah disampaikan oleh Penasihat PMA, Ustaz Irfan. Beliau menyentuh mengenai Ihya’ Ramadhan, serta membuat perincian terhadap persoalan zakat. Ramai peserta telah mengajukan pelbagai soalan mengenai ibadah zakat sepanjang pengisian itu berlangsung.

Persatuan Melayu Aberdeen mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tuan rumah, penyumbang dan AJK yang bertugas.

 

Offshore Europe 2009 September 9, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 12:41 pm

Seperti biasa, dengan berstatuskan Ibu Kota Industri Minyak dan Gas seluruh Eropah, Aberdeen sekali lagi menganjurkan program tahunan Offshore Europe (OE). Program 4 hari bermula 8 hingga 11 September itu dihadiri oleh ribuan peserta daripada seluruh dunia, termasuklah juga daripada Malaysia. Kehadiran mereka dapat dirasai oleh warga Aberdeen, dengan kelibat usawahan minyak dan gas, segak dengan 3 pieces suit mereka, selain pertambahan khidmat pengangkutan awam, serta hotel penginapan yang penuh tempahannya dan harga meningkat sekali ganda.

Selamat datang diucapkan kepada mereka, khususnya peserta daripada Malaysia. PMA sendiri dihubungi oleh beberapa orang peserta bagi mendapatkan sedikit panduan sepanjang permukiman mereka di sini. Selamat berprogram sambil makan angin di bumi Granite ini.

 

Kaunter Imigresen Bergerak di Glasgow September 8, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 1:18 pm
Jabatan Imigresen Malaysia London bercadang membuka kaunter imigresen bergerak di Glasgow pada 7 ATAU 14 November 2009.
 
Justeru, pihak komuniti di Glasgow memohon kerjasama sahabat-sahabat yang ingin berurusan supaya memberikan nama dan jenis urusan yang diperlukan. Di Aberdeen, sila berikan nama dan jenis urusan yang diperlukan kepada Penasihat Kehormat PMA Ustaz Burhan melalui email al_dalil76{at}yahoo.com
 
Sila bantu panjangkan hebahan ini semua rakan-rakan Malaysia yang lain.
 
Wassalam.
 

Program Ihya’ Ramadhan September 7, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 3:43 pm

MAJLIS IHYA’ RAMADHAN (IFTAR PERDANA & KHATAM AL-QURAN)

12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430

Sabtu, 6 petang

Di Rumah Saudara Shafiq

101 Queens Den, AB15 8BN

JUADAH MAKANAN IFTAR DISEDIAKAN

Makanan disediakan insyaAllah secukupnya, termasuklah kuih-muih, justeru tiada pot-luck. Sekiranya anda ingin membawa makanan juga, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan, sila bawa tamar/buah/makanan ringan/dessert dalam kuantiti yang kecil.

Aturcara majlis:

6:00 PM

Ketibaan hadirin

Majlis Khatam al-Quran

Tazkirah Ihya’ Ramadhan

7:37 PM

Azan Maghrib

Iftar ringan

Solat maghrib

Makan malam

8:52 PM

Azan Isya’

Solat Isya’

Solat qiyam/tarawih

Reflection

Morey

Bersurai

 

Klip Video Hari Keluarga PMA 2009 June 14, 2009

Filed under: Berita — pma2008 @ 5:57 pm

 

HARI KELUARGA PMA ‘09 May 26, 2009

Filed under: Makluman — pma2008 @ 12:32 am

POSTER HARI KELUARGA PMA

FAQ Hari Keluarga PMA 2009

Q: Bila dan di mana?

A: Sabtu, 6 Jun 2009, di Houghton County Park, Alford, AB33 8NA http://www.aberdeenshire.gov.uk/countryparks/locations/alford.asp

Q: Ada peta lokasi?

A: Dapatkan di http://maps.google.co.uk/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Montgarrie+Road+Alford&sll=57.195436,-2.403946&sspn=0.216509,0.617981&gl=uk&ie=UTF8&ll=57.23537,-2.699933&spn=0.006759,0.019312&z=16&iwloc=A

Anda dicadangkan untuk tidak melalui jalan A96.

Q: Jauhnya… kenapa tak buat dalam Aberdeen sahaja?

A: Bagi membolehkan warga Melayu Aberdeen berprogramsantai di luar city of Aberdeen. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tempat program adalah antara tempat pelancongan utama di Aberdeenshire khususnya untuk kanak-kanak. Antara daya tarikan utama ialah keretapi http://www.alfordvalleyrailway.org.uk/

Q: Sekiranya hujan?

A: Sekiranya ramalan cuaca hujan pada tarikh berkenaan, pihak penganjur akan menukar tempat program yang ada kemudahan indoor di dalam city of Aberdeen.

Q: Apa yang akan diadakan?

A: Jamuan (mainly barbecue) secara pot luck dan acara-acara lain.

Q: Acara menarik?

A: Games untuk kanak-kanak.Face painting. Untuk wanita, sukan rakyat seperti congkak, gubahan buah, etc akan dianjurkan. Untuk remaja, beberapa acara akan diadakan seperti bolasepak, selipar beracun etc. Hadiah disediakan !

Q: Apa yang boleh saya sumbangkan?

A: Tiada yuran akan dikenakan. Pun demikian, pihak PMA amat mengalu-alukan sumbangan warga Melayu Aberdeen sekalian. Boleh dibuat di dalam bentuk wang, tenaga, gotong-royong mengatur dan mengemas tempat program, dan macam-macam lagi. Sumbangan yang paling berharga ialah kehadiran anda.

Q: Apa tujuan program?

A: Sebagai platform warga Melayu Aberdeen beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, kita juga akan meraikan rakan-rakan yang akan pulang bercuti/tamat belajar semasa musim panas nanti.